Skip to main content

Tentang Kami

Koleksi Hafira diasaskan pada April 2012 dan didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia ( TR0120442-X ) . Syarikat kami berasaskan pakaian muslimah dan menepati fesyen-fesyen terkini sesuai dengan tuntutan syarak dimana pakaian wanita haruslah labuh, tidak ketat, menutup aurat dan bersederhana.

Kami mengambil pendekatan pembelian online kerana pembelian online pada masa sekarang adalah satu trend dan ianya memudahkan para pembeli untuk mendapatkan produk yang mereka gemari. Kami mendekati para pelanggan dengan menggunakan media sosial seperti Facebook dan Instagram. Peminat-peminat dan pembeli pakaian muslimah boleh berinteraksi bersama kami di laman sosial untuk mendapatkan produk terkini atau mempunyai apa-apa persoalan. Laman Youtube kami akan ada tidak lama lagi.

Rangkaian baju muslimah kami bermula dari baju muslimah kanak-kanak sehinggalah ke baju muslimah dewasa. Saiz untuk kanak-kanak bermula daripda 4 tahun sehingga 12 tahun. Untuk baju dewasa pula, kami mula dari saiz XS sehinggalah 4XL. Pakaian muslimah kami tidak terhad kepada saiz biasa sahaja kerana kami juga menjual baju plus size.

Slogan kami "Sopan, Anggun, Menutup Aurat" sesuai dengan gaya hidup muslimah masa kini. Pakaian yang labuh menepati syariat bukan sahaja boleh digayakan ketika santai malahan boleh digayakan ke pejabat untuk penampilan yang lebih sofistikated.

Kami juga membuka peluang perniagaan kepada usahawan muslimah diluar sana dengan Program Dropship Hafira. Kami mengalu-alukan mereka yang serius untuk menjana pendapatan sampingan tidak kira sama ada anda suri rumah atau pelajar IPT. Anda semua digalakkan untuk menceburi bidang perniagaan bersama kami.

Akhir kata, selamat membeli belah bersama kami dan jadikan pakaian muslimah pilihan No.1 anda.

Pengarah Urusan Koleksi Hafira,
Zarith Athira


Comments

Popular posts from this blog

Seluar Palazzo Cotton

Diatas merupakan contoh pengayaan seluar palazzo. Seluar yang tidak mengikut bentuk kaki dan flowwy. Sangat sesuai digayakan ketika bersantai atau bekerja. Nampak lebih feminin dan sophistikated. HARGA: RM 33.00 ( Tidak Termasuk Pos ) Material :SOFT COTTON <3 STRETCHEABLE <3 TIDAK JARANG Labuh:40" Pinggul: Boleh strech sampai 46" Pinggang:boleh tarik sehingga 42"+- WARNA YANG AVAILABLE 1-BIRU MUDA 2-MERAH 3-PINK MUDA 4-DARK PURPLE 5-MERAH HATI 6-HIJAU PUCUK PISANG 7-PURPLE 8-GREY 9-OREN 10-PINK TERANG 11-HITAM 12-DARK BRWON 13-BIRU MUDA KAIN SEKOLAH ==== Follow Us ==== WhatsApp : 014-6840864 IgShop : @koleksi.hafira FbShop : www.facebook.com/KoleksiHafiraBorong PM : www.facebook.com/messages/108357449302596

Seluar Aladdin

Contoh pemakaian seluar Alladin. Seluar Alladin sangat sesuai digayakan dengan loose Batwing Top atau LLoose Baggy Cardigan. Anda akan nampak lebih ranggi, bergaya dan sophisticated dalam menjaga aurat. Seluar Alladin tidak mengikut bentuk kaki. Loose cut diatas. HARGA  : RM 34.00 * Tidak termasuk pos <3 Cotton UKURAN: FREE SIZE Pinggang - 26" hingga 42" pinggul - 26" hingga 52" lilitan peha - 26" labuh - 40" PLUSS SIZE Pinggang - 28" hingga 46+++" pinggul - 29" hingga 58" lilitan peha - 28" labuh - 40" WARNA AVAILABLE 1-HITAM 2-DARK BROWN 3-GREY ==== Follow Us === WhatsApp : 014-6840864 IgShop : @koleksi.hafira FbShop : www.facebook.com/KoleksiHafiraBorong PM : www.facebook.com/messages/108357449302596

Baju Maxi dan Blazer ( Include Shawl )

2 Pieces Basic Blazer with Inner Dress (Including Shawl) TOSCA | COFFEE | PEACH | MAROON HARGA: RM56.00 ( Tidak Termasuk Pos ) Material:Cotton + Lycra  Measurement Blazer: Shoulder:37cm Sleeve:55cm Waist:84cm Length:55cm Bust:100cm Dress: Waist:60-92cm Length:145cm Bust:92cm Follow Us  WhatsApp : 014-6840864 IgShop : @koleksi.hafira FbShop :  www.facebook.com/KoleksiHafiraBorong PM :  www.facebook.com/messages/108357449302596 BlogShop :  http://bajumuslimahterkini4u.blogspot.com/